
100% sama dan takde sedikitpun perbezaan. Hanya penganut mazhab umnosialan jer kata tak sama. Kedua-duanya terlibat dalam sindiket pelacuran. Tak keterlaluan kalau aku katakan UMNO lebih berbahaya dari bapak ayam, sebab bapak ayam hanya melacurkan perempuan tapi UMNO melacurkan segala-galanya termasuklah keamanan Negara untuk kepuasan nafsunya.
Tapi kat sini aku nak bincangkan isu UMNO durjana melacurkan profesion keguruan sahaja. Kebetulan pula aku ni seorang guru yang bekerja di sebuah sekolah menengah di negeri Terengganu, jadi aku tahu sangat tentang kegiatan melacurkan guru-guru oleh UMNO durjana, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.
Sebelum ni, aku dah dedahkan aktivit melacurkan guru oleh penganut-penganut mazhab UMNOSIALAN dalam entry bertajuk umno sedang ghairah melacurkan guru
Di sekolah, guru-guru bermazhab umnosialan ditugaskan untuk memantau mana-mana guru yang membeli harakah dan suara keadilan. Bukan itu sahaja, guru-guru yang menghadiri ceramah anjuran Pakatan Rakyat juga akan direkod dan dilaporkan kepada ‘Tuhan’ mereka iaitu UMNO Bahagian.
Guru-guru bermazhab umnosialan ni dibenarkan keluar masuk ke kelas sesuka hati sebab mereka lebih bertanggungjawab kepada parti daripada kepada pelajar. Mereka diizinkan untuk tidak mengajar dan tidak hadir ke sekolah semata-mata untuk melakukan kerja-kerja umno.
Aku kesian sama ibu bapa pelajar. Mereka hantar anak ke sekolah untuk mendapatkan ilmu dengan harapan dapat bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, tapi kerana berlambaknya penganut Mazhab UMNOSIALAN dan berkuasanya ‘TUHAN-TUHAN’ mereka(UMNO BAHAGIAN),harapan tersebut punah dan musnah.
So, bila ingat bapa ayam, ingat jugalah sama umno.
Jadi apa yang dilaporkan oleh Harakah Daily sebagaimana di bawah ni adalah benar sebab aku guru dan aku juga dipaksa untuk meyembah UMNO BAHAGIAN.
PEKAN: Umno Pekan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) telah memaksa semua guru-guru di daerah ini agar menjadi mata dan telinga Umno.
Mereka juga telah dipaksa menyertai satu taklimat Umno yang dalam surat panggilannya dinamakan program wacana ilmu.
"Kami dipanggil dan diarahkan supaya menjadi mata dan telinga PPD dan Umno serta membuat laporan dan penilaian guru-guru di sekolah masing-masing.
"Kami diminta supaya mengklaskan setiap guru samada hitam (sokong pembangkang) atau puteh (sokong BN)," beritahu satu sumber kepada Harakahdaily.
Para guru ini, katanya, juga akan diberikan tugas sewaktu pilihan raya nanti.
"Dahlah dipanggil waktu sekolah, tinggalkan sekolah dan anak murid semata-mata kerana nak jaga kepentingan Umno.
"Dulu mereka hantar surat ke sekolah, kini kami lantik supaya menjadi mata-mata Umno pula," sungut sumber itu.
Menurut beliau, sepanjang taklimat itu, satu video ditunjukkan bagi menunjukkan jahat dan buruknya Pakatan Rakyat ini.
Di samping itu, setiap guru diberikan sebuah buku bertajuk 'PAS BUKAN PARTI ISLAM'.
Tidak cukup dengan itu, pada pada 12 Mei ini, semua guru-guru daerah Pekan akan diwajibkan hadir ke dewan Konvesyen Umno Pekan utk mendengar ceramah dari JASA pula.



